ya allah, khabarkan padanya betapa sayangnya aku pada dia. kau rahmatilah perhubungan kmi..satu kan lah kami ya allah.. jauhilah kami dri sebarang keburukan..lindungilah kami dari kemaksiatan.. sesungguhnya hanya engkau yang berupaya ya allah..ya allah ya tuhan ku...janganlah kau pisahkan kami.. jangan lah engkau menguji kami dengan ujian yg tidak mampu kami harungi..hanya kepda engkau aku memohon..hanya kepada engkau aku berserah ya allah...
cinta bukan sekadar mainan perasaan..lihatlah cinta dari sudut pandangan yang berbeza...renungkanlah
Introduction
Sunday, November 7, 2010
ya allah, khabarkan padanya betapa sayangnya aku pada dia. kau rahmatilah perhubungan kmi..satu kan lah kami ya allah.. jauhilah kami dri sebarang keburukan..lindungilah kami dari kemaksiatan.. sesungguhnya hanya engkau yang berupaya ya allah..ya allah ya tuhan ku...janganlah kau pisahkan kami.. jangan lah engkau menguji kami dengan ujian yg tidak mampu kami harungi..hanya kepda engkau aku memohon..hanya kepada engkau aku berserah ya allah...
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan seharian dengan individu yang mempunyai persamaan dari segi citarasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini merupakan cinta pandangan pertama yang hadir secara mendadak dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan seharian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam islam kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke dalam kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun , jika percintaan tersebut mempunyai matlamat yang suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan telefon atau berbual-bual dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan merasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu Sama lain.
2. Mendapat restu dan kebenaran dari ibubapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. restu daripada ibubapa memudahkan proses pernikahan yang akan berlansung sebagai kelansungan daripada cinta itu. Ibubapa harus memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batas akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
3. Menghormati dan Menjaga maruah masing-masing dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias dan menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibubapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara cinta tersebut.
5. Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta ,rupa atau keturunannya sahaja walaupun perkara tersebut merupakan keutamaan dalam mencari pasangan atau calon isteri, .namun apa yang lebih utama ialah mencintainya kerana agama dan akhlaknya.
1. Usaha
Jika anda menyayangi seseorang,maka mantapkanlah hati anda untuk melangkah ke jinjang pernikahan. Janganlah anda mengatakan cinta yang berlaku adalah cinta mainan kerana cinta menyangkut hati dan perasaan manusia yang tidak boleh dimain-mainkan. Menyayangi seseorang tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia.sayang perlulah disusuli dengan usaha untuk merialisasikan impian membina hubungan sesuai dengan tuntutan agama. Dengan usaha yang gigih cinta dan saying dapat disatukan dengan pernikahan yang suci dan diredhai oleh Allah SWT.
Cinta tidak boleh dipaksa. Kita tidak dibenarkan untuk memaksa orang lain mengikut kehendak kita. Walaupun kita menaruh hati padanya,mencintai dirinya dan berusaha untuk mendapatkannya,tetapi dia tidak merasakan hal yang sama,kita tidak boleh memaksanya untuk menyayangi kita.
2. Tanggungjawab
Bagi yang sudah bernikah, berikanlah nafkah wajib sesuai tuntutan islam,amanah suami,isteri harus ditunaikan sebaiknya. Tanggungjawab sebagai suami yang arif bijaksana, isteri yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq,yang arif,yang anis,dan yang santun. Dengan ini,keluarga yang mahabbah,mawaddah dan sakinnah dapat dibentuk.
3. Naluri
Cinta itu sifatnya naluri. Bila kita mencintai seseorang dengan tulus dan ikhlas maka apa yang kita rasakan ialah rasa cinta yang hangat penuh semangat tinggi dan rindu dan ingin selalu bertemu dengan orang yang kita sayangi. Jika kita menyayangi seseorang,kita akan merasakan takut untuk menyakiti perasaan orang lain. Jika kita ingin berasa disayangi,kita perlulah menyayangi orang lain dengan ikhlas dan sejujurnya. Kita juga akan merasa bimbang.sebagai contoh, seperti kita menyayangi ibu dan adik adik,samada mereka dalam keadaan yang selamat atau tidak.
4.FITRAH SEMULA JADI
Cinta itu semulajadi. Sebagai contoh, Allah mencipta nabi Adam sebagai manusia pertama. Sudah pastinya baginda merasa kesunyian tanpa teman. Maka Allah menciptakan hawa sebagai pasangannya. Ini membuktikan perasaan kasih wujud sejak zahirnya lagi.
4. KEUTAMAAN
Maksudnya ialah kita sentiasa ingin melebihkan orang yang disayangi daripada diri sendiri..dalam erti kata yang lain ialah sanggup berkorban.cinta memerlukan pengorbanan jika kita ingin membahagiakan orang yang disayangi.apabila kita mempunyai niat sebegitu,tentunya kita akan berusaha untuk mewujudkan kehidupan yang bahagia dan sempurna untuknya.
Friday, October 29, 2010
u know what??
saya rndu awak
Tuesday, October 19, 2010
Kedudukan Cinta Dari Sisi Islam
Islam merupakan agama yang tidak memusuhi cinta. Malah islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan yang fitrah yang terdapat dalam naluri setiap manusia. Namun cinta di dalam islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya iaitu:
1. CINTA KEPADA ALLAH
Menurut islam,cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah pelakuan hamba tidak menberikan peluang yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada islam ialah mengenali dan menyintai Allah. Cinta juga akan mendorong hamba bersifat ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan iman yang mantap. Firman Allah SWT:
“..(walaupun demikian), ada juga diantara manusia yang mengambil selain dari Allah(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cint(taat) kepada Allah..(surah al-baqarah ayat:165)
Individu mukmin yang memiliki cinta Allah seharusnya berbangga kerana keagungan nilai dan ketulusan ikhsan-NYA. Namun menjadi kesukaran untuk meraih cinta allah tanpa pengabdian dan ketaatan yang hanya kepada-Nya. Cinta Allah merupakan anugerah tertinggi dan tidak mungkin sesiapa memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan.cinta Allah merupakan syarat utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud):
“..wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (murtad) , maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia;mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir..” ( surah al maidah, ayat 54 ).
2. Cinta kepada Rasulullah dan Para Anbiya’
Allah mengutuskan rasul-rasul untuk menjadi obor menyinari umat ke jalan yang benar. Namun rasul utusan Allah terpaksa melalui pelbagai dugaan untuk membimbing umatnya.maka adalah menjadi satu kewajipan kepada sesiapa yang mengaku dirinya sebagai muslim untuk mencintai Rasulullah dan Para anbiya’. Contoh cinta ini ialah,para sahabat sanggup bergadai nyawa dan jasad untuk menjadi perisai mempertahankan rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim menyebut:
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: nabi s.a.w bersabda: tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : seseorang yang mencintai Allah dan rasulnya lebih dari selainnya, kedua, mencintai seseorang hanya kerana Allah,ketiga, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.(bukhari:50,muslim:60,tarmizi:2548, nasaie:4901)
Namun dalam keadaan kita yang terlalu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa,adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW.? Sekalipun Rasulullah telah meninggalkan kita jauh dibelakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dibuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek –ngejek Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai sunnah Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Konsep persaudaraan yang utuh adalah bertonggakkan interaksi kasih sayang sesama mukmin cinta sesama mukmin mengajar manusia mencintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa membawa kepada terungkainya talian cinta antara keduanya. Ini merupakan dosa besar sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“ ketika kami bersama Rasulullah SAW,baginda telah bersabda: mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: ianya tiga perkara, iaitu menyirikkan Allah, mengherdik ibubapa dan beraksi palsu atau kata- kata palsu…” (hadis riwayat bukhari,no 5519,muslim:no 162)
Alangkah indahnya agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai ibubapanya yang telah melalui segala susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Keindahan islam mengajar umatnya melalui pesanan:
“dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,dengan berkata): “ wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil..”( surah israk,ayat 24)
Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang beriman sebagai syarat kepada sebuah kumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Firman Allah swt:
“..Nabi Muhammad s.a.w ialah rasul Allah, dan orang –orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi islam), dan sebaiknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesama sendiri(umat islam)..”(surah al-fath,ayat 29 ) .
Di dalam AL-Quran dinyatakan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, mereka tetap memberikan keutamaan kepada saudara saudara mereka dari golongan Muhajirin. Firman Allah SWT :
“ ..dan orang-orang (Ansar) yang mendalami negeri (Madinah) serta beeriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih dari diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat..”( surah al hasyr, ayat 9).
Inilah cinta sebenar yang dibawa oleh islam agar umatnya tidak terpesong, namun terdapat pelbagai lagi perkara yang melibatkan cinta menurut islam seperti tanggungjawab cinta, adap bercinta dan sebagainya yang perlu setiap mukmin ketahui.
Tuesday, July 13, 2010
peace
