Introduction

Sunday, November 7, 2010

Cinta sebelum kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan seharian dengan individu yang mempunyai persamaan dari segi citarasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini merupakan cinta pandangan pertama yang hadir secara mendadak dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan seharian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam islam kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke dalam kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun , jika percintaan tersebut mempunyai matlamat yang suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan telefon atau berbual-bual dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan merasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu Sama lain.
2. Mendapat restu dan kebenaran dari ibubapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. restu daripada ibubapa memudahkan proses pernikahan yang akan berlansung sebagai kelansungan daripada cinta itu. Ibubapa harus memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batas akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
3. Menghormati dan Menjaga maruah masing-masing dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias dan menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibubapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara cinta tersebut.
5. Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta ,rupa atau keturunannya sahaja walaupun perkara tersebut merupakan keutamaan dalam mencari pasangan atau calon isteri, .namun apa yang lebih utama ialah mencintainya kerana agama dan akhlaknya.

No comments:

Post a Comment

peace

peace