Introduction

Tuesday, October 19, 2010

Kedudukan Cinta Dari Sisi Islam

Islam merupakan agama yang tidak memusuhi cinta. Malah islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan yang fitrah yang terdapat dalam naluri setiap manusia. Namun cinta di dalam islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya iaitu:

1. CINTA KEPADA ALLAH

Menurut islam,cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah pelakuan hamba tidak menberikan peluang yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada islam ialah mengenali dan menyintai Allah. Cinta juga akan mendorong hamba bersifat ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan iman yang mantap. Firman Allah SWT:

“..(walaupun demikian), ada juga diantara manusia yang mengambil selain dari Allah(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cint(taat) kepada Allah..(surah al-baqarah ayat:165)

Individu mukmin yang memiliki cinta Allah seharusnya berbangga kerana keagungan nilai dan ketulusan ikhsan-NYA. Namun menjadi kesukaran untuk meraih cinta allah tanpa pengabdian dan ketaatan yang hanya kepada-Nya. Cinta Allah merupakan anugerah tertinggi dan tidak mungkin sesiapa memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan.cinta Allah merupakan syarat utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“..wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (murtad) , maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia;mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir..” ( surah al maidah, ayat 54 ).

2. Cinta kepada Rasulullah dan Para Anbiya’

Allah mengutuskan rasul-rasul untuk menjadi obor menyinari umat ke jalan yang benar. Namun rasul utusan Allah terpaksa melalui pelbagai dugaan untuk membimbing umatnya.maka adalah menjadi satu kewajipan kepada sesiapa yang mengaku dirinya sebagai muslim untuk mencintai Rasulullah dan Para anbiya’. Contoh cinta ini ialah,para sahabat sanggup bergadai nyawa dan jasad untuk menjadi perisai mempertahankan rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim menyebut:

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: nabi s.a.w bersabda: tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : seseorang yang mencintai Allah dan rasulnya lebih dari selainnya, kedua, mencintai seseorang hanya kerana Allah,ketiga, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.(bukhari:50,muslim:60,tarmizi:2548, nasaie:4901)

Namun dalam keadaan kita yang terlalu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa,adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW.? Sekalipun Rasulullah telah meninggalkan kita jauh dibelakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dibuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek –ngejek Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai sunnah Rasulullah SAW.

3. Cinta Sesama Mukmin

Konsep persaudaraan yang utuh adalah bertonggakkan interaksi kasih sayang sesama mukmin cinta sesama mukmin mengajar manusia mencintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa membawa kepada terungkainya talian cinta antara keduanya. Ini merupakan dosa besar sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“ ketika kami bersama Rasulullah SAW,baginda telah bersabda: mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: ianya tiga perkara, iaitu menyirikkan Allah, mengherdik ibubapa dan beraksi palsu atau kata- kata palsu…” (hadis riwayat bukhari,no 5519,muslim:no 162)

Alangkah indahnya agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai ibubapanya yang telah melalui segala susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Keindahan islam mengajar umatnya melalui pesanan:

“dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,dengan berkata): “ wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil..”( surah israk,ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang beriman sebagai syarat kepada sebuah kumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Firman Allah swt:

“..Nabi Muhammad s.a.w ialah rasul Allah, dan orang –orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi islam), dan sebaiknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesama sendiri(umat islam)..”(surah al-fath,ayat 29 ) .

Di dalam AL-Quran dinyatakan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, mereka tetap memberikan keutamaan kepada saudara saudara mereka dari golongan Muhajirin. Firman Allah SWT :

“ ..dan orang-orang (Ansar) yang mendalami negeri (Madinah) serta beeriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih dari diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat..”( surah al hasyr, ayat 9).

Inilah cinta sebenar yang dibawa oleh islam agar umatnya tidak terpesong, namun terdapat pelbagai lagi perkara yang melibatkan cinta menurut islam seperti tanggungjawab cinta, adap bercinta dan sebagainya yang perlu setiap mukmin ketahui.

2 comments:

peace

peace